Saturday, July 21, 2012

AURAT

ALHAMDULILLAH..hari ini terasa ingin berkongsi dengan teman-teman tentang aurat..  kadang-kadang kita pernah terdengar alasan orang yang tidak mahu tutup aurat dengan memberi alasan bahawasanya mereka berkata... " Belum mendapat hidayah lagi laaa.."

Sesungguhnya wahai kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian bahawasanya HIDAYAH itu perlu dicari dan perlu diusahakan untuk mendapatkannya..bukan ditunggu jatuh ke riba..




Tuesday, July 17, 2012

Sama-sama Beringat pabila kita berpuasa..



jangan dipersiakan Kelebihan Bulan Ramadhan pada tahun ini..singkirkan perkara-perkara madzmumah dalam diri kita..

Wednesday, May 19, 2010

PENGHORMATAN kepada ZAID kerana pengetahuannya mengenai AL-QURAN

Zaid bin Thabit R.A kehilangan ayahnya ketika berusia 6 tahun dan berhijrah ke Madinah sewaktu beliau berusia 11 tahun. Ketika persiapan menghadapi peperangan Badar, Zaid bin Thabit juga turut menawarkan dirinya untuk berjuang tetapi tawarannya itu ditolak berdasarkan usianya yang muda. Begitu juga ketika peperangan Uhud, penawarannya untuk menyertai peperangan tersebut sekali lagi ditolak atas sebab yang sama sebagaimana yang telah disebutkan di dalam kisah yang lalu. Selepas peperangan Uhud, Zaid menyertai semua peperangan yang lain.

Di dalam perjalanan para Mujahidin menuju ke medan peperangan Tabuk, bendera dari kaum Bani Malik pada mulanya dipegang oleh Amarah tetapi kemudiannya Rasulullah S.A.W telah memerintahkannya menyerahkan bendera itu kepada Zaid. Di atas perintah baginda itu, Amarah R.A menyangkakan kemungkinan ada orang yang melaporkan sesuatu mengenai dirinya yang tidak menyenangkan hati Rasulullah S.A.W. Beliau segera menemui Rasulullah S.A.W dan bertanya:

"Wahai Pesuruh ALLAH! Adakah perintahmu itu disebabkan ada orang yang melaporkan sesuatu mengenai diriku?"

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tidak, sebenarnya perintahku itu adalah sebagai memberi penghormatan ke atas Zaid kerana pengetahuannya mengenai Al-Quran melebihi darimu."

Adalah menjadi kebiasaan pada diri Rasulullah S.A.W di mana baginda akan memberi sesuatu penghormatan kepada seseorang bersesuaian dengan kebaikan yang mereka lakukan.

Kalau ditengok, kita dapati peristiwa ini terjadi di dalam peperangan di mana pengetahuan mengenai Al-Quran tidak ada kaitannya namun Rasulullah S.A.W telah memberi penghormatan itu kepada Zaid kerana kebolehannya itu. Kejadian mengenai perbezaan seperti ini juga berlaku di dalam beberapa lagi peristiwa yang lain.

Umpamanya apabila orang-orang yang terkorban mati syahid di dalam peperangan (seperti di Uhud) terpaksa dikebumikan di dalam sebuah kubur maka mereka telah dikebumikan berdasarkan pengetahuan mereka mengenai Al-Quran, keutamaan diberikan kepada mereka-mereka yang lebih pengetahuannya dari yang lain.

Namun, tengok pada apa yang terjadi pada hari ini?
Pemilihan majikan bukan berdasarkan Al-Quran..malah jauh sekali...
Itulah ramai akhlaq menyimpang.
Rasanya dasar pendidikan negara harus diubah, penekanan dari sudut aspek agama perlu ditekankan dahulu..dengan itu dapat melahirkan pelajar yang berjiwa Islam dan berakhlaq mulia.
Bagi pelajar Islam peringkat Rendah hendaklah menghafaz Al-Quran dan fahami isi kandungan Al-Quran dahulu sebelum masuk ke peringkat Menengah dan peringkat Universiti.

CELANYA DUNIA, BAIKNYA BERZUHUD DI DUNIA.

فد سواتو كتيك ، رسول الله صلى الله عليه وسلّم برجالن ملالوي سإيكور كيبس يغ تله ماتي، لالو بلياو برسبدا :





Banyak sekali ayat-ayat AL-QURAN yang menyatakan tentang celanya dunia atau yang berhubungan dengan itu sungguh amat banyak.
Kerana masalah-masalah di akhirat berpunca dari kasihnya seseorang manusia itu kepada dunia.
Manakala berzuhud di dunia itu merupakan semulia-mulia perkara yang boleh menyelamatkan kita dan mendekatkan diri kita ke hadrat ALLAH SUBHANAHUWA TA`ALA.
ALLAH SUBHANAHUWA TA`ALA telah berfirman bagi menggalakkan para hamba NYA supaya berzuhud di dunia :

yang bermaksud...

7. Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.

8. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.

(Surah Al-Kahf: 7&8)



60. Dan apa saja[1130] yang diberikan kepada kamu, Maka itu adalah ke- nikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?

61. Maka apakah orang yang kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (surga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi[1131]; Kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka)?

[1130] Maksudnya: hal-hal yang berhubungan dengan duniawi seperti, pangkat kekayaan keturunan dan sebagainya.
[1131] Maksudnya: orang yang diberi kenikmatan hidup duniawi, tetapi tidak dipergunakannya untuk mencari kebahagiaan hidup di akhirat, Karena itu dia di akhirat diseret ke dalam neraka.
(Surah Al-Qashash: 60&61)




دنيا دان أخيرة دإيبارتكن دوا كادأن داري حال إحوال هاتي كيت. يغ دكات اتاو يغ سكارغ اين دسبوت دنيا يعني سضالا سسواتو يغ دألامي سبلوم كماتيان، سداغ يغ بلاكغ اتاو يغ سوده برلاكو ايت دسبوت أخيرة ايايت سضالا سسواتو يغ اكن دألامي ستله كماتيان.

Saturday, May 1, 2010

Penderitaan KHABBAB BIN ALARAT

Khabbab ialah seorang manusia yang telah banyak berkorban kerana agama yang telah dianutinya. Dia awal-awal lagi telah memeluk agama Islam dan oleh yang demikian penderitaan yang ditanggungnya pun agak lama juga. Dia telah dipaksakan memakai baju besi dan disuruh berbaring di pasir, mendedahkan badannya kepada panas matahari yang terek hingga kulitnya mengelupas. Khabbab adalah seorang hamba abdi kepunyaan seorang perempuan. Apabila diketahui oleh si perempuan tadi yang dia sering melawati Nabi S.A.W, kepalanya diselar dengan besi panas yang merah membakar. Umar R.A.hu, semasa beliau menjadi khalifah, telah bertanya kepada Khabbab tentang penderitaannya di kala mula-mula menganuti Islam dahulu. Sebagai menjawab dia menunjukkan parut-parut luka di belakang badannya. Kata Umar, "Aku tidak pernah melihat belakang badan yang sedimikian rupa". Melanjutkan ceritanya dia mengatakan yang dia telah diheret di atas suatu timbunan bara api sehingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari badannya memadamkan bara-bara api itu. Apabila agama Islam telah merebak ke merata-rata tempat, Khabbab sering duduk menangis sambil berkata:
"Nampaknya ALLAH sedang memberi ganjaran bagi segala penderitaan yang kita telah alami. Mungkin di akhirat nanti tidak ada ganjaran yang bakal kita terima."

Begitulah pengorbanan para sahabat dalam menegakkan kebenaran agama Islam agar tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Apakah peranan kita sekarang?