Wednesday, March 24, 2010

WASIAT IMAM SYAFI`IE

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat-umat Islam umumnya.

Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  • Haq kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  • Haq kepada malaikat maut: mengqadho`kan kewajipan2 yang tertinggal,mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta sentiasa kepada ALLAH.
  • Haq kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  • Haq kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Haq kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berdzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
  • Haq kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Haq kepada Malik Zabaniyah (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedeqah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlaq.
  • Haq kepada Malik Ridhuan (malaikat penjaga syurga): merasa redho kepada qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  • Haq kepada Nabi MUHAMMAD S.A.W: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Haq kepada ALLAH S.W.T: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai keta`atan dan membenci kemaksiatan.

sama-sama kita menjaga dan memelihara haq-haq tersebut dalam diri kita..insya`ALLAH...

KATA-KATA 4 SAHABAT ROSULULLAH S.A.W

A. SAYYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Khalifah ur Rosyidin yang pertama dan Sahabat utama Rosulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah `amal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:
– Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
– Syukur perhiasan kepada nikmat.
– Sabar perhiasan kepada bala.
– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
– Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
– Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
– Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.

B. SAYYIDINA UMAR AL KHATTAB

1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:

– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.

3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”


C. SAYYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.

Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:

1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:

a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.

b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.

c. Ketika menyeru kepada kebaikan.

d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:

a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.

b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.

3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:

a. Hatinya berserta takut dan harap.

b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.

c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis. d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.


D. SAYYIDINA ALI ABU TALIB K.W.

Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.

3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”

4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).

6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

11. Buta hati akan lupa DZIKRULLAH (mengingati ALLAH).

12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.


SUMBER: http://zalhusya.blogspot.com

Wednesday, November 25, 2009

Kehidupan di Sabah..


Suku Kaum Dusun

ALHAMDULILLAH..diri ini ditaqdirkan dan dipilih oleh ALLAH SUBHANAHUWA TA`ALA menjadi pendakwah untuk ummah ISLAM di Sabah yang terkenal indahnya panaroma `alam ciptaan ALLAH TA`ALA dan mempunyai pelbagai kaum dan etnik yang unik dan pelbagai bahasa pertuturan..amat teruja diri ini apabila sampai buat pertama kali..
ditempatkan jauh di luar bandar.. الحمد لله

tapi banyak dan sungguh banyak cabarannya..
sungguh mencabar apabila diri bergelar Ustaz..
kemana shaja kita pergi..kita diperhatikan..

kita dinilai di mata masyarakat..setiap yang buruk diperkatakan...
perkara-perkara yang baik dilakukan oleh seorang ustaz adalah perkara biasa...
kerana... "alaaa...itukan ustaz..mestilaa baik.."
tapi tidak sedap didengar apabila... "eh! ustaz itu menyanyi karaoke di pub?"...
maka satu pelusuk dunia heboh...

نعوذ بالله
sama-sama kita minta perlindungan daripada ALLAH supaya kita dijauhkan dari melakukan ma`siat yang akan menzalimkan diri kita sendiri di akhirat kelak....
selagi masih hidup, masih segar menyedut udara masuk ke hidung..
sentiasalah kita beristighfar minta ampun..perbanyakkanlah istighfar..
kerana..

Dari Abdullah bin Abbas ia berkata, Rosulullah S.A.W bersabda : “Siapa yang memperbanyak istighfar, Allah akan menjadikan setiap kegundahannya dengan ketenangan, dan setiap kesempitan dengan jalan keluar, dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.

- riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah, dan Hakim

Friday, April 17, 2009

BERFIKIRLAH..SUPAYA KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERFIKIR..


Firman ALLAH TA`ALA :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Ar- Ruum ; ayat 21)

Kategori : AKIDAH Akhlak (sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM)

Tajuk : Menjadi Isteri Solehah

Hadith :

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”

Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah

Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.


ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.


iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.


iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.


v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.



Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(Surah AN-NUUR ; ayat 32)

di sini jelas dinyatakan ALLAH TA`ALA bahawa perkahwinan digalakkan dalam ISLAM..
malah dijamin lagi akan mendapat rezki dan kekayaan melimpah ruah dari sudut jasmani, rohani atau kedua-duanya skali..

ramai hari nii..kahwin lewat kerana memberi alasan ekonomi tidak kukuh laa..
belum ada pendapatan tetap laa..dan sebagainya..

sedangkan firman ALLAH TA`ALA :
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (AT-Talaaq ; ayat 7)

sedangkan nafsu mereka sebagai muda-mudi ISLAM ini tidak pula dikawal, malah dibiarkan ianya mengganas dan meliar bagaikan tiada batasan SYARIAT AGAMA ISLAM..
maka terjadilah zina, rogol, homoseksual..dan sebagainya..

yang semuanya berpunca drpd melambat2kn perkahwinan..ini kerana yang HALAL (perkahwinan) di tangguhkan maka yang HARAM (pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan) dianggap bagaikan perkara yang biasa dalam masyarakat..

bak kata mereka :"HIDUP MUDA HANYA SEKALI untuk melakukan apa saja, bila dah tua kita insaf laaa, pegi masjid bertaubat"
ASTAGHFIRULLAH..

memang muda hanya sekali..tapi untuk...


حدثني ‏ ‏زهير بن حرب ‏ ‏ومحمد بن المثنى ‏ ‏جميعا ‏ ‏عن ‏ ‏يحيى القطان ‏ ‏قال ‏ ‏زهير ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن سعيد ‏ ‏عن ‏ ‏عبيد الله ‏ ‏أخبرني ‏ ‏خبيب بن عبد الرحمن ‏ ‏عن ‏ ‏حفص بن عاصم ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏
‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله الإمام العادل وشاب نشأ بعبادة الله ورجل قلبه معلق في المساجد ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم يمينه ما تنفق شماله ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه ‏
‏و حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى ‏ ‏قال قرأت على ‏ ‏مالك ‏ ‏عن ‏ ‏خبيب بن عبد الرحمن ‏ ‏عن ‏ ‏حفص بن عاصم ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سعيد الخدري ‏ ‏أو ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏أنه قال ‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بمثل حديث ‏ ‏عبيد الله ‏ ‏وقال ورجل معلق بالمسجد إذا خرج منه حتى يعود إليه


Hadith Abu Hurairah r.a:

Nabi S.A.W telah bersabda:

Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah
1)pemimpin yang adil,

2)pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya,

3)seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah,

4)dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,

5)seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!,

6)seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan

7)seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1712


INSYA`ALLAH..sama ber`amal..

Friday, April 3, 2009

HIDUP HANYA SEMENTARA (1st post)


122. Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.

Bila sebut makhluq, jelaslah di sini bahawa sesungguhnya makhluq itu bermaksud yang dicipta. Bila sesuatu benda itu dicipta maka akan ada lah masa tarikh luputnya..itulah yang dinamakan MAKHLUQ..YANG DICIPTA..
PENCIPTAnya hanya SATU iaitu الله سبحانه و تعالى..

bila sebut sahaja manusia...
tidak dapat tidak kita mesti menempuhi 6 alam..
iaitu `Alam Ruh, `Alam Kandungan di dalam Perut Ibu, `Alam Dunia, `Alam Barzakh, `Alam Padang Mahsyar dan `Alam Akhirat.