Wednesday, May 19, 2010

PENGHORMATAN kepada ZAID kerana pengetahuannya mengenai AL-QURAN

Zaid bin Thabit R.A kehilangan ayahnya ketika berusia 6 tahun dan berhijrah ke Madinah sewaktu beliau berusia 11 tahun. Ketika persiapan menghadapi peperangan Badar, Zaid bin Thabit juga turut menawarkan dirinya untuk berjuang tetapi tawarannya itu ditolak berdasarkan usianya yang muda. Begitu juga ketika peperangan Uhud, penawarannya untuk menyertai peperangan tersebut sekali lagi ditolak atas sebab yang sama sebagaimana yang telah disebutkan di dalam kisah yang lalu. Selepas peperangan Uhud, Zaid menyertai semua peperangan yang lain.

Di dalam perjalanan para Mujahidin menuju ke medan peperangan Tabuk, bendera dari kaum Bani Malik pada mulanya dipegang oleh Amarah tetapi kemudiannya Rasulullah S.A.W telah memerintahkannya menyerahkan bendera itu kepada Zaid. Di atas perintah baginda itu, Amarah R.A menyangkakan kemungkinan ada orang yang melaporkan sesuatu mengenai dirinya yang tidak menyenangkan hati Rasulullah S.A.W. Beliau segera menemui Rasulullah S.A.W dan bertanya:

"Wahai Pesuruh ALLAH! Adakah perintahmu itu disebabkan ada orang yang melaporkan sesuatu mengenai diriku?"

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tidak, sebenarnya perintahku itu adalah sebagai memberi penghormatan ke atas Zaid kerana pengetahuannya mengenai Al-Quran melebihi darimu."

Adalah menjadi kebiasaan pada diri Rasulullah S.A.W di mana baginda akan memberi sesuatu penghormatan kepada seseorang bersesuaian dengan kebaikan yang mereka lakukan.

Kalau ditengok, kita dapati peristiwa ini terjadi di dalam peperangan di mana pengetahuan mengenai Al-Quran tidak ada kaitannya namun Rasulullah S.A.W telah memberi penghormatan itu kepada Zaid kerana kebolehannya itu. Kejadian mengenai perbezaan seperti ini juga berlaku di dalam beberapa lagi peristiwa yang lain.

Umpamanya apabila orang-orang yang terkorban mati syahid di dalam peperangan (seperti di Uhud) terpaksa dikebumikan di dalam sebuah kubur maka mereka telah dikebumikan berdasarkan pengetahuan mereka mengenai Al-Quran, keutamaan diberikan kepada mereka-mereka yang lebih pengetahuannya dari yang lain.

Namun, tengok pada apa yang terjadi pada hari ini?
Pemilihan majikan bukan berdasarkan Al-Quran..malah jauh sekali...
Itulah ramai akhlaq menyimpang.
Rasanya dasar pendidikan negara harus diubah, penekanan dari sudut aspek agama perlu ditekankan dahulu..dengan itu dapat melahirkan pelajar yang berjiwa Islam dan berakhlaq mulia.
Bagi pelajar Islam peringkat Rendah hendaklah menghafaz Al-Quran dan fahami isi kandungan Al-Quran dahulu sebelum masuk ke peringkat Menengah dan peringkat Universiti.

No comments:

Post a Comment